LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM - PENGAJIAN MALAYSIA
MPU11012 PENGAJIAN MALAYSIA
PENSYARAH KURSUS :
PUAN DARMILA BINTI ALI
NAMA AHLI KUMPULAN:
|
BIL |
NAMA |
NO. PENDAFTARAN |
|
1 |
MUHAMMAD SAMSURI AZIZI BIN REZALI |
T01SKE23F056 |
|
2 |
MUHAMMAD IZRAN BIN SIDI AHMED |
T01SKE23F034 |
|
3 |
MOHAMAD
IQBAL ZAMANI BIN ABDUL HADI |
T01SKE23F076 |
|
4 |
WAN
AHMAD AQIL PUTRA BIN WAN OSMAN |
T01SKE23F049 |
|
5 |
AHMAD
ARIF BIN MOHAMAD |
T01SKE23F045 |
TAJUK E-FOLIO:
MEMBINA DAN MENGEKALKAN ASAS PERPADUAN KUKUH MENJADI SATU CABARAN DAN AZAM BAHARU YANG PERLU DITERUSKAN DEMI MASA DEPAN NEGARA. BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH YANG TELAH DI BUAT DAN PERLU DI BUAT BAGI MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM.
PENGENALAN PERPADUAN KAUM
KAUM UMUM mengetahui sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup dengan kepelbagaian kaum. Langkah-langkah mengeratkan perpaduan di antara pelbagai kaum yang ada di Malaysia ini sangat penting bagi mengelakkan berlakunya rusuhan antara kaum. Justeru itu, kepelbagaian kaum ini haruslah diraikan dan sebagai rakyat Malaysia, kita perlu saling tolong menolong antara kaum untuk sama-sama hidup dalam persekitaran hidup yang sihat dan aman makmur. Menurut kata Perdana Menteri yang ke-6, hubungan yang baik lagi erat serta rencaman sesama kaum merupakan penawar yang paling mujarab bagi menyemarakkan keakraban kaum. Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain, namun masyarakat yang berbilang kaum ini hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, semua pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni "Bersekutu Bertambah Mutu" dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia.
DEFINISI PERPADUAN KAUM
PERPADUAN KAUM membawa maksud sebagai semua kaum di dalam sesebuah negara saling berkerjasama atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang makmur dan damai.
PENDAHULUAN Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu “Perpaduan Teras Kejayaan”. Jika slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini. Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN
LANGKAH PERTAMA Sebagai dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibubapa perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Persis kata mutiara, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Mereka digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik. Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.
LANGKAH KEDUA Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul "Negarakuku". Lagu "rap" yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.
LANGKAH KETIGA Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikenali dan dihormarti oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera negara iaitu Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah. Seorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isi dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni. Oleh itu, kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.
LANGKAH KEEMPAT Semangat Kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah sanggup bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong dapat memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.
LANGKAH KELIMA Sifat Berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan ini akan membawa perpaduan antara rakyat.
LANGKAH KEENAM Rakyat juga harus berusaha dengan gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan dikalangan rakyat.
LANGKAH KETUJUH Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya, Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul “Negarakuku”. Lagu “rap” yang diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara, kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.
LANGKAH YANG TELAH DILAKUKAN
PENDAHULUAN Sejak mengecapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu telah menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam mencapai keamanan pada hari ini. Hasil usaha pemimpin terdahulu yang mewakili setiap kaum dan bangsa di tanah air ini telah berjaya memberikan kebebasan daripada penjajahan. Namun begitu, keharmonian yang dinikmati oleh nenek dan moyang kita dahulu semakin hari semakin goyah. Jurang ekonomi dan pendidikan menjadi antara faktor yang menyumbang kepada isu ini selain gerakan politik negara yang terlalu berteraskan kaum dan agama. Tidak dinafikan bahawa kita mempunyai rambut yang sama hitam tetapi hati masing-masing lain. Justeru, meraikan perbezaan dan sikap toleransi hendaklah dipupuk dalam setiap individu yang ingin melihat negara kita maju ke hadapan. Mari kita bincangkan apakah usaha dalam memupuk perpaduan kaum rakyat Malaysia?
LANGKAH PERTAMA Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut, kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum lain dengan lebih lanjut. Kempen “Cintai Bahasa Kita” perlulah digiatkan dengan lebih cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah. Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya “seperti kera mendapat bunga” agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.
LANGKAH KEDUA Salah satu usaha yang pasti membuahkan perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyatukan institusi pendidikan dari peringkat rendah. Umum mengetahui kita mempunyai sekolah vernakular yang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) dan Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SJKT). Pembahagian ini bukan sahaja mejejaskan perpaduan antara kanak-kanak malah mewujudkan jurang pendidikan antara mereka kerana pelaksanaan kurikulum yang tidak sama. Oleh itu, kita hendaklah mewujudkan satu jenis sahaja sekolah kebangsaan yang menghimpun kanak-kanak dan remaja tanpa mengira latar belakang mereka dan memberikan pendidikan yang terbaik. Secara langsung dan tidak langsung, mereka akan berinteraksi dan bergaul sesama mereka dan melahirkan kesefahaman serta kekitaan dalam menghadapi persekolahan. Tegasnya, dengan menyatukan institusi pendidikan di bawah satu sistem sahaja semangat perpaduan antara kaum dapat dilahirkan persis kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
LANGKAH KETIGA Usaha lain yang dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia adalah dengan menyambut hari perayaan bersama-sama. Konsep ini sebenarnya telahpun diperkenalkan iaitu penganjuran rumah terbuka. Negara kita merupakan antara masyarakat yang banyak meraikan perayaan sepanjang tahun daripada Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, Deepavali, Wesak, Hari Gawai, Pesta Kaamatan dan Hari Natal. Dengan pengajuran rumah terbuka, bangsa lain yang tidak mengetahui budaya dan tradisi kaum yang menyambut perayaan tersebut boleh memepelajari dan menikmati hidangan yang lazimnya dihidangkan. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Pada masa yang sama, aktiviti kunjung mengunjung semasa hari perayaan dapat mengeratkan hubungan antara jiran tetangga dan komuniti. Jelasnya, penganjuran rumah terbuka dapat memupuk perpaduan antara kaum menerusi perayaan yang disambut.
LANGKAH KEEMPAT Dari kaca mata yang lain, perpaduan antara kaum boleh dipupuk dengan memperkasa aktiviti sukan dan rekreasi dalam komuniti. Selain manfaat kesihatan, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu melahirkan sifat bekerjasama dan toleransi antara satu sama lain. Nilai ini penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum dan bangsa di Malaysia. Aktiviti sukan dan rekreasi sangat mudah untuk disertai dan boleh dilakukan pada setiap hari tanpa mengira waktu dan lapisan umur masyarakat. Oleh itu, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan persekutuan hendaklah berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam menyediakan dan menyelenggara infrastruktur rekreasi dan sukan untuk masyarakat umum. Intihannya, dengan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi, masyarakat bukan sahaja dapat bersatu padu malah menjadi lebih sihat dan cergas.
LANGKAH KELIMA Seiring dengan itu, mempergiat aktiviti sukarelawan dan kebajikan dalam komuniti juga dapat melahirkan perpaduan antara kaum. Usaha ini telapun dipraktikikan oleh masyarakat kita dari zaman dahulu iaitu dengan mengadakan gotong-royong. Dalam mendepani situasi ekonomi yang tidak menentu pada hari ini, kita tidak boleh sahaja mengharapkan bantuan atau insentif daripada kerajaan. Tetapi masyarakat yang mempunyai rezeki berlebihan seharusnya turut sama membantu melakukan aktiviti kebajikan untuk membantu mereka yang dalam kesusahan. Ibarat kata peribahasa, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Nilai kemanusiaan ini jika diterapkan dalam setiap individu pastinya perpaduan antara kaum tidak akan menjadi masalah kepada masyarakat kita. Intihannya, penyertaan dan penggiatan yang aktif dalam aktiviti sukarelawan atau kebajikan dapat menambah nilai perpaduan antara kaum.
LANGKAH KEENAM Hasil perbincangan di atas, kita dapat simpulkan bahawa banyak usaha yang boleh dijalankan untuk memastikan perpaduan antara kaum kekal utuh. Seperti lirik lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Adibah Noor, ikan di laut, asam di darat, dalam periuk, bikin muafakat. Kita sebenarnya mempunyai banyak perbezaan tetapi jika disatukan dalam prinsip dan nilai kemanusiaan yang baik, pastinya perpaduan dapat dilahirkan dan dikekalkan. Ahli-ahli politik hendaklah menghentikan diskriminasi antara kaum yang mereka jaja henya demi kepentingan diri sendiri. Masyarakat hari ini sudah mempunyai minda yang terbuka dan luas pengetahuan untuk menerima dan menghormati kaum atau bangsa lain serta hidup dengan aman dan harmoni di bawah satu bendera. Semoga usaha-usaha di atas dapat direalisasikan dan menjadi tunjang kemajuan negara untuk duduk sma rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain
AKHIR KATA Sebagai intihanya, “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”. Usaha-usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, “seperti isi dengan kuku”. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, “bersatu teguh, bercerai roboh”. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah Wawasan 2020 kerana “perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama”. Majulah bangsa demi negara!
KESIMPULANNYA, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua. Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata mutiara, "bersatu teguh, bercerai roboh". Justeru itu, marilah kita bergabung idea dan tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah "perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama".Majulah bangsa demi negara.Perpaduan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara. Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya perpaduan ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.Secara keseluruhan, perpaduan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama. Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan pembangunan negara. Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.

.png)







Comments
Post a Comment